50 Koleksi Teka Teki Lawak dan Jawapannya

Teka-teki merupakan satu bentuk hiburan yang telah lama wujud dalam budaya masyarakat kita. Ia bukan sahaja menghiburkan, malah mampu merangsang minda dan meningkatkan kreativiti. Teka-teki sering kali digunakan dalam pelbagai situasi, sama ada sebagai permainan santai bersama keluarga dan rakan-rakan, mahupun sebagai alat pendidikan di dalam bilik darjah. Dengan pelbagai bentuk dan tahap kesukaran, teka-teki dapat disesuaikan mengikut peringkat umur dan minat individu.

50 Teka-Teki dan Jawapannya

  1. Soalan: Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang pandai bersilat?
    Jawapan: Hang Tuah.
  2. Soalan: Dalam banyak-banyak sate, sate jenis apa paling panas?
    Jawapan: Saterika.
  3. Soalan: Gajah terbang dengan apa?
    Jawapan: Gajah terbang dengan bersusah payah.
  4. Soalan: Ada dua orang bapak dan dua orang anak, mereka pergi ke hutan untuk memburu kancil, malangnya mereka hanya dapat tiga ekor, tetapi waktu kembali ke rumah, masing-masing membawa pulang satu ekor. Macam mana boleh jadi begitu?
    Jawapan: Yang pergi berburu itu hanya tiga orang, seorang datuk, seorang anak dan seorang ayah, bukannya 4 orang.
  5. Soalan: Macam mana nak tahu bahagian belakang atau depan sebatang pokok?
    Jawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di belakang pokok.
  6. Soalan: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
    Jawapan: Penguin.
  7. Soalan: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
    Jawapan: Stokin itu akan basah lah.
  8. Soalan: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
    Jawapan: Telur.
  9. Soalan: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
    Jawapan: Kuih Donut.
  10. Soalan: Apabila ditarik yang di atas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
    Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
  11. Soalan: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
    Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!
  12. Soalan: Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diangkat?
    Jawapan: Kotak penalti.
  13. Soalan: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
    Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.
  14. Soalan: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
    Jawapan: Lilin masa sambut hari jadi.
  15. Soalan: Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
    Jawapan: Beruang (ber-wang).
  16. Soalan: Dua tiga teka teki, air apa paling berani?
    Jawapan: Air Terjun.
  17. Soalan: Bom apakah yang tidak boleh meletup?
    Jawapan: Bomba.
  18. Soalan: Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?
    Jawapan: Semua bulan la.
  19. Soalan: Sotong jika dibelah dua jadi apa?
    Jawapan: Sotongah.
  20. Soalan: Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?
    Jawapan: Taugeh.
  21. Soalan: Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa warna hitam?
    Jawapan: Bunga tayar.
  22. Soalan: Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
    Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).
  23. Soalan: Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi?
    Jawapan: Tumpah la.
  24. Soalan: Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya?
    Jawapan: Lampu Isyarat.
  25. Soalan: Kenapa siput babi jalan lambat?
    Jawapan: Sebab dia sibuk fikir dia siput atau babi.
  26. Soalan: Kotak apa yang tak boleh buka?
    Jawapan: Kotak penalti.
  27. Soalan: Ramai orang tahu cara membukanya, tetapi tiada siapa pun tahu cara menutupnya. Apakah ia?
    Jawapan: Telur.
  28. Soalan: Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam?
    Jawapan: Ikan sardin cap ayam.
  29. Soalan: Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais?
    Jawapan: Milo ais.
  30. Soalan: Kenapa anak babi jalan tunduk?
    Jawapan: Sebab dia malu mak dia babi.
  31. Soalan: Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?
    Jawapan: Telinga kita.
  32. Soalan: Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa?
    Jawapan: Nombor 2.
  33. Soalan: Tempat apakah yang paling kecil?
    Jawapan: Setapak.
  34. Soalan: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
    Jawapan: Anak mancis.
  35. Soalan: Coklat apa tak boleh lari?
    Jawapan: Toblerone (Tak boleh run…).
  36. Soalan: Pensil dengan bateri siapa lagi pandai?
    Jawapan: Bateri. Sebab bateri 3A, pensil 2B.
  37. Soalan: Kacang kalau balik kerja dia cakap apa?
    Jawapan: Peanut lahh..
  38. Soalan: Kenapa ginjal manusia ada dua?
    Jawapan: Sebab kalau satu namanya ganjil.
  39. Soalan: Apa persamaan baju dengan telefon?
    Jawapan: Bila ‘kring’ perlu diangkat.
  40. Soalan: Kenapa keyboard selalu stress?
    Jawapan: Sebab dia selalu ditekan.
  41. Soalan: Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
    Jawapan: Tukang Gali Kubur.
  42. Soalan: Macam mana nak tahu kereta Elon Musk power atau tak?
    Jawapan: Tesla..
  43. Soalan: Ikan apa yang kita tengok dia berhenti?
    Jawapan: Ikan paus (pause).
  44. Soalan: Dalam banyak-banyak makanan, makanan apa paling bersih?
    Jawapan: Bakso dan sushi.
  45. Soalan: Dalam banyak-banyak taman, taman apa yang kurang sopan?
    Jawapan: Taman tema air (water park).
  46. Soalan: Binatang apa yang paling tua?
    Jawapan: Kambing (sebab ada janggut).
  47. Soalan: Binatang apa yang tua tapi nampak muda?
    Jawapan: Kambing baru shave.
  48. Soalan: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
    Jawapan: Telur.
  49. Soalan: Burung apa yang suka enjoy?
    Jawapan: Burung merpati (mer-party).
  50. Soalan: Negara apa yang penduduknya sendiri tak ingat nama negara dia?
    Jawapan: Panama.

Teka teki ini bolehlah anda berikan kepada sahabat-sahabat untuk mengeratkan lagi hubungan, terutamanya ketika hari cuti dan santai bersama keluarga dan rakan.

Leave a Comment