Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Fasa 2 sesi 2025/2026 kini dibuka kepada calon lepasan SPM. Permohonan ini dibuka selama 5 hari sahaja, bermula 24 April 2025 hingga 28 April 2025, sehingga jam 5.00 petang.
Siapa Yang Boleh Memohon?
Permohonan Fasa 2 ini terbuka kepada dua kategori calon:
1. Calon yang telah memohon pada Fasa 1:
- Boleh kemas kini pilihan jurusan.
- Boleh kemas kini maklumat peribadi.
2. Calon yang belum pernah memohon:
- Boleh membuat permohonan baharu secara dalam talian sepanjang tempoh permohonan dibuka.
Permohonan ini adalah percuma dan boleh diakses secara atas talian.
Tarikh Permohonan Matrikulasi Fasa 2
- 24 April 2025 – 28 April 2025
- Sehingga jam 5.00 petang
Tempoh ini adalah muktamad, dan pemohon disarankan untuk tidak menunggu sehingga saat akhir bagi mengelakkan kesesakan sistem.
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web rasmi Program Matrikulasi KPM. Calon hanya perlu:
- Log masuk ke portal permohonan matrikulasi.moe.gov.my
- Kemas kini maklumat atau buat permohonan baharu.
- Pastikan semua maklumat adalah tepat dan lengkap sebelum menghantar permohonan.
Kod QR juga disediakan dalam hebahan rasmi bagi mengakses maklumat lanjut.
Bagi pemohon baru, boleh masuk ke laman matrikulasi.moe.gov.my dan daftar pertama kali.
Bagi mereka yang ingin masuk ke Universiti tempatan pula, boleh baca panduan berikut UPU 2025.
Maklumat Tambahan
- Permohonan ini khas untuk lepasan SPM yang ingin menyertai program matrikulasi bagi pengambilan sesi akademik 2025/2026.
- Permohonan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak berdasarkan syarat kelayakan KPM.
- Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi saluran rasmi Program Matrikulasi KPM di media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.
Program Matrikulasi merupakan antara laluan pantas ke universiti awam yang sangat kompetitif. Jangan lepaskan peluang ini. Sama ada anda telah memohon sebelum ini atau ingin memohon buat kali pertama, tempoh 24 hingga 28 April 2025 adalah masa yang perlu anda ambil tindakan.
Permohonan adalah percuma dan hanya dibuka selama 5 hari.
Bertindak segera dan semak semula semua maklumat anda sebelum menghantar permohonan.