Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM Tahun 2025

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tahun 2025 kini dibuka kepada pelajar lepasan SPM yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Program ini menggabungkan hafazan al-Quran, pembelajaran bahan ilmiah secara tutorial, dan amali qiraat dalam tempoh tiga semester.

Syarat Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz 2025

Syarat am permohonan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari 2025.

Syarat khusus yang perlu dipenuhi ialah:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/ Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah/ Al-Adab al-Balaghah/ Turath Bahasa Arab.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya gred C dalam salah satu mata pelajaran berikut: Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Usul al-Din, Al-Syariah, Manahij al-‘Ulum al-Islamiah, Turath al-Quran dan al-Sunnah, atau Turath Dirasat Islamiah.
  • Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk al-Quran dan diakui oleh sekolah atau institusi tahfiz.
  • Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester.

Cara Memohon Tingkatan 6 Tahfiz 2025

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang di https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/erayuan/calon_smka.cfm bermula 25 April 2025. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Mei 2025 jam 11.59 malam.

Calon yang berjaya dalam ujian saringan akan diumumkan melalui laman sesawang sama bermula 9 Mei 2025. Semakan tawaran boleh dibuat secara dalam talian bermula 19 hingga 25 Mei 2025.

Bagi calon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan, permohonan rayuan boleh dikemukakan melalui e-mel ke khamdi.madad@moe.gov.my bermula 19 hingga 2 Jun 2025. Keputusan rayuan akan diumumkan pada 3 Jun 2025 oleh Bahagian Pendidikan Islam.

Tarikh Penting Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz 2025

  • 25 April 2025: Permohonan dibuka.
  • 4 Mei 2025: Permohonan ditutup.
  • 9 Mei 2025: Semakan keputusan ujian saringan.
  • 19 – 25 Mei 2025: Semakan tawaran.
  • 19 Mei – 2 Jun 2025: Tempoh rayuan.
  • 3 Jun 2025: Keputusan rayuan diumumkan.
  • 10 Jun 2025: Pendaftaran pelajar Tingkatan 6 Tahfiz.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi:

Leave a Comment