Setiap tahun, ramai ibu bapa mula merancang pendidikan awal untuk anak-anak mereka seawal usia empat hingga enam tahun. Prasekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi pilihan utama kerana struktur pembelajaran yang teratur dan diselia oleh guru terlatih. Untuk sesi 2026, permohonan telah dibuka dan berikut adalah maklumat lengkap yang perlu anda tahu.
Syarat Kemasukan Prasekolah Sesi 2026
Kementerian Pendidikan telah menetapkan beberapa syarat asas untuk permohonan prasekolah bagi memastikan hanya anak-anak yang layak sahaja diterima masuk:
- Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia.
- Tarikh lahir kanak-kanak mestilah antara 2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022.
Sekiranya anak anda lahir sebelum atau selepas tarikh yang dinyatakan, permohonan tidak akan diterima bagi sesi kemasukan tahun 2026.
Tarikh Permohonan Prasekolah KPM 2026
Permohonan dibuka melalui dua kaedah utama iaitu secara online dan manual. Berikut adalah butirannya:
Permohonan Secara Online
- Tarikh Permohonan Dibuka: 1 Mac 2025
- Tarikh Permohonan Ditutup: 30 April 2025
- Laman Rasmi Permohonan: https://eprasekolah.moe.gov.my
Ibu bapa yang memilih untuk memohon secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui pautan rasmi di atas. Disarankan untuk menyimpan salinan permohonan sebagai rujukan selepas selesai.
Permohonan Secara Manual
- Tarikh Permohonan Dibuka: 1 Mac 2025
- Tarikh Permohonan Ditutup: 31 Mei 2025
- Langkah Permohonan: Borang permohonan boleh diambil terus di sekolah prasekolah KPM yang ingin dimohon.
Permohonan secara manual sesuai bagi ibu bapa yang menghadapi kekangan capaian internet atau lebih selesa menguruskan permohonan secara fizikal di sekolah berhampiran.
Langkah Penting Sebelum Memohon
Sebelum anda membuat permohonan, pastikan anda:
- Menyemak tarikh lahir anak bagi memastikan kelayakan.
- Menyediakan dokumen sokongan seperti salinan sijil lahir, MyKid dan salinan kad pengenalan ibu bapa.
- Membuat semakan senarai prasekolah KPM berdekatan dengan tempat tinggal anda.
- Menyimpan bukti permohonan sama ada online atau salinan borang manual.
Jika anak anda berumur 7 tahun pada 2026, boleh buat pendaftaran tahun 1 2026.
Pendidikan awal sangat penting dalam membentuk asas perkembangan kanak-kanak. Prasekolah KPM bukan sahaja menawarkan pembelajaran berstruktur, malah menyediakan suasana pendidikan yang kondusif dan selamat. Sekiranya anak anda lahir antara 2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022, inilah masanya untuk mula merancang dan memohon tempat untuk mereka bagi sesi kemasukan 2026.
Jangan lepaskan peluang. Permohonan telah dibuka mulai 1 Mac 2025!
👉 Untuk maklumat lanjut dan permohonan atas talian:
https://eprasekolah.moe.gov.my