SPA9: Daftar, Login, Semakan Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan

SPA9 atau Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan sebuah sistem dalam talian yang membolehkan rakyat Malaysia memohon pelbagai jawatan dalam sektor awam. Ia dibangunkan bagi menggantikan sistem terdahulu iaitu SPA8i, dengan antaramuka yang lebih mesra pengguna dan proses permohonan yang lebih tersusun.

SPA9 direka khusus bagi memastikan proses permohonan jawatan awam dilakukan secara telus dan cekap. Sistem ini mengumpul maklumat peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja, serta butiran tambahan yang berkaitan sebelum individu tersebut layak memohon mana-mana jawatan kosong yang ditawarkan oleh kerajaan. Melalui SPA9, pengguna hanya perlu mengemas kini profil mereka sekali sahaja dan boleh memohon sebarang jawatan apabila ia dibuka.

Cara Daftar SPA9

Untuk menggunakan sistem SPA9, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Proses ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja untuk seumur hidup, selagi tidak berlaku sebarang perubahan ketara dalam maklumat pemohon.

  1. Layari laman rasmi SPA9 di https://spa9.spa.gov.my.
  2. Klik pada butang “Pendaftaran Pengguna” di bahagian atas kanan laman utama.
  3. Isikan nombor kad pengenalan, alamat e-mel yang sah, dan jawapan keselamatan.
  4. Sahkan pendaftaran melalui e-mel yang dihantar ke inbox anda.
  5. Selepas pengesahan, log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan.
  6. Lengkapkan profil anda merangkumi maklumat peribadi, pendidikan, kursus, kemahiran, dan minat jawatan.

Setelah pendaftaran lengkap, anda sudah boleh memohon mana-mana jawatan yang dibuka melalui sistem ini. Adalah penting untuk sentiasa mengemaskini profil anda supaya semua maklumat adalah terkini dan sahih.

Artikel berkaitan:

Login, Semakan dan Permohonan SPA9

Setelah akaun didaftarkan, proses log masuk ke SPA9 adalah sangat mudah. Berikut merupakan langkah-langkah untuk log masuk ke sistem:

  1. Pergi ke laman web rasmi: https://spa9.spa.gov.my.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda.
  3. Klik “Log Masuk”.
  4. Anda kini berada di dalam dashboard dan boleh mengakses semua fungsi sistem seperti permohonan jawatan, semakan status, dan kemaskini profil.

Sekiranya anda terlupa kata laluan, klik sahaja pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikuti arahan untuk reset semula melalui e-mel berdaftar.

Kegunaan SPA9

Sistem SPA9 bukan hanya sekadar platform untuk memohon kerja, tetapi ia juga menawarkan pelbagai fungsi penting kepada pencari kerja dalam sektor kerajaan:

  • Permohonan Jawatan Kosong
    SPA9 membolehkan anda memohon pelbagai jawatan di peringkat Persekutuan dan Negeri mengikut kelayakan akademik dan minat masing-masing.
  • Kemaskini Maklumat Profil
    Anda boleh mengemaskini maklumat pendidikan, kursus, pengalaman, kemahiran dan jawatan yang diminati secara berkala.
  • Semakan Status Permohonan
    Pengguna boleh menyemak status sama ada telah berjaya dipanggil untuk peperiksaan, temuduga atau penempatan kerja melalui sistem ini.
  • Makluman Peluang Kerjaya Terkini
    Sistem ini turut memaparkan senarai terkini jawatan kosong yang dibuka oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.
  • Penilaian dan Penjadualan Temuduga
    Sekiranya anda dipilih, semua notis berkaitan temuduga, ujian psikometrik atau peperiksaan akan dihantar terus ke akaun SPA9 anda.

Antara jawatan popular yang ditawarkan melalui SPA9 termasuklah Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Pembantu Tadbir, Guru (melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan), Jururawat, Pegawai Penguatkuasa, dan lain-lain.


Untuk Dihubungi

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi masalah berkaitan dengan SPA9, anda boleh menghubungi pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui saluran rasmi berikut:

  • Laman Web Rasmi: https://spa.gov.my
  • Alamat: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62520 Putrajaya, Malaysia.
  • Telefon: 03-8091 8000
  • Faks: 03-8888 0388
  • E-mel: helpdesk@spa.gov.my

Pihak SPA juga aktif di pelbagai media sosial termasuk Facebook dan Twitter untuk sebarang pengumuman atau notis penting berkaitan peluang pekerjaan.

Semoga urusan anda mencari kerja dipermudah, jangan lupa baca doa dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment