Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 bagi tahun 2025 boleh dibuat mulai 19 Mei sehingga 25 Mei 2025. Pengumuman ini amat penting bagi pelajar lepasan SPM yang bercita-cita untuk meneruskan pengajian di peringkat prauniversiti melalui laluan STPM.
Dalam tempoh yang sama, calon yang tidak berjaya dalam tawaran awal turut diberi peluang untuk mengemukakan permohonan rayuan secara atas talian. Semua semakan dan rayuan boleh dilakukan melalui portal rasmi KPM di:
Tempoh Semakan dan Tarikh Penting
Pihak KPM menetapkan beberapa tarikh utama yang perlu diambil perhatian oleh para calon:
- Tempoh semakan tawaran dan permohonan rayuan:
19 Mei – 25 Mei 2025 - Tarikh semakan keputusan rayuan dibuka:
3 Jun 2025 - Tarikh lapor diri ke Tingkatan Enam:
10 Jun 2025
Calon disaran menyemak status mereka seawal mungkin dan tidak menunggu sehingga saat akhir bagi mengelakkan kesesakan sistem atau kelewatan maklumat.
Mengapa Pilih Tingkatan Enam?
Tingkatan Enam adalah satu laluan akademik yang telah melahirkan ramai graduan cemerlang saban tahun. Ia merupakan program selama satu setengah tahun yang menyediakan pelajar untuk menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) .Kelayakan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
Antara kelebihan mengikuti Tingkatan Enam ialah:
- Yuran pengajian yang rendah atau percuma
- Kurikulum bertaraf antarabangsa
- Peluang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS dalam dan luar negara
- Sijil STPM setaraf dengan A-Level
Selain akademik, pelajar turut digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum bagi membina sahsiah diri dan kemahiran insaniah selaras dengan hasrat kerajaan membentuk Generasi MADANI yang berdaya saing.
Artikel berkaitan:
Tindakan Segera Yang Perlu Diambil
Kepada semua calon yang ingin menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam, berikut adalah langkah yang boleh diambil sekarang:
- Layari laman web rasmi https://sst6.moe.gov.my
- Semak status tawaran bermula 19 Mei hingga 25 Mei 2025
- Jika tidak berjaya, isi permohonan rayuan dalam tempoh yang sama
- Semak semula keputusan rayuan pada 3 Jun 2025
- Sediakan diri untuk melapor ke sekolah yang ditetapkan pada 10 Jun 2025
Aritkel lain:
Jadikan keputusan ini sebagai satu langkah strategik untuk melangkah ke alam pengajian tinggi. Segera buat semakan dan rayuan sebelum 25 Mei 2025. Masa depan bermula sekarang, jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja.
- Portal rasmi semakan dan rayuan: https://sst6.moe.gov.my