TV Okey merupakan salah satu saluran yang berada di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ianya menawarkan pelbagai jenis rancangan menarik. Dalam kontek pelajar / guru, TV okey menawarkan satu rancangan yang diberi nama Kelas @ Rumah. Ianya satu program yang membantu pelajar untuk mengulang kaji pelajaran mengikut subjek yang ditetapkan. Bersiaran setiap hari pada pukul 9 pagi dan pukul 1 petang.
Program rancangan ini juga sesuai dipasang di sekolah dan dipertontonkan kepada anak murid. Kerana ianya amat sesuai untuk tontonan para pelajar.
Selain itu, banyak rancangan menarik yang berkonsepkan dokumentari santai juga.
Tonton TV Okey
Untuk menonton saluran TV Okey, anda bolehlah layari : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey
Selamat menonton Saluran TV Okey kami ucapkan.