Surat rasmi ataupun disebut sebagai Surat kiriman Rasmi adalah penulisan surat yang bertujuan untuk urusan rasmi seperti surat tidak hadir ke sekolah, memohon sumbangan, surat tunjuk sebab dan lain-lain. Surat rasmi adalah antara tajuk yang kerap kali keluar di dalam peperiksaan Bahasa Melayu, tidak kira di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Pada artikel ini, kami kongsikan beberapa contoh surat rasmi dengan format yang betul.
Contoh Surat Rasmi
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Labok,
18500 Machang,
Kelantan Darul Naim.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Labok,
18500 Machang,
Kelantan Darul Naim. 21 MAC 2023
Tuan,
Meminta Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu bercadang mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku.
2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli persatuan membeli buku-buku sebagai rujukan dan latihan bagi meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
3. Butiran lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh : 31 Ogos 2023
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Majlis Daerah Kota Bharu
4. Saya berharap agar permohonan ini dapat pertimbangan daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Aisyah
(SITI AISYAH BINTI JOHARI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Labok.
Anda boleh download template ini dengan klik butang di bawah in:
Format Surat Kiriman Rasmi
Surat rasmi ditulis mengikut format berikut: