Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah instrumen bantuan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi kos sara hidup yang kian melambung. STR merupakan sumbangan tunai yang diberikan kepada isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM2,500. Selain itu, kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan sebanyak RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih. STR ini telah diagihkan dalam beberapa fasa, termasuk Fasa 1 dan Fasa 2 yang telah dibayar pada 17 Januari dan 5 April 2023, serta Fasa 3 yang dibayar mulai 26 Jun 2023. Fasa 4 akan diagaihkan pada bulan 7 November 2023.
Selain itu, permohonan baharu yang diluluskan akan turut menerima pembayaran pada fasa 4 ini, pembayaran adalah sehingga RM2500 mengikut kategori masing-masing.
Semakan Status STR Fasa 4
Untuk melakukan semakan status bayaran STR Fasa 4, anda boleh melakukannya melalui
- Pautan berikut: https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/
- Anda perlu memasukkan nombor MyKad dan kata kunci keselamatan untuk mendapatkan maklumat status permohonan dan pembayaran Fasa 1 jika layak.
- Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store, atau dengan menghubungi LHDNM atau MOF.
Isi Kandungan
Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Jumlah bayaran STR Fasa 4 adalah berbeza berdasarkan kategori kelayakan setiap penerima. Berikut adalah ringkasan jumlah bayaran untuk setiap kategori:
Kategori | Pendapatan | Jumlah Anak | Jumlah Bayaran STR Fasa 4 |
---|---|---|---|
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2,500 ke bawah | 0 anak | RM200 |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2,500 ke bawah | 1-2 anak | RM600 |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2,500 ke bawah | 3-4 anak | RM900 |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2,500 ke bawah | 5 anak dan ke atas | RM1,200 |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2,500 – RM5,000 | 0 anak | RM0 |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2,500 – RM5,000 | 1-2 anak | RM0 |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2,500 – RM5,000 | 3-4 anak | RM300 |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2,500 – RM5,000 | 5 anak dan ke atas | RM500 |
Warga Emas Sebatang Kara | 60 tahun ke atas | – | RM200 |
Bujang (21-59 tahun) | RM2,500 ke bawah | – | RM0 |
Bujang OKU (19-59 tahun) | RM2,500 ke bawah | – | RM0 |
- Isi Rumah (Tiada Had Umur) dengan pendapatan RM2,500 ke bawah:
- 0 anak: RM200
- 1-2 anak: RM600
- 3-4 anak: RM900
- 5 anak dan ke atas: RM1,200
- Isi Rumah (Tiada Had Umur) dengan pendapatan RM2,500 – RM5,000:
- 0 anak: RM0
- 1-2 anak: RM0
- 3-4 anak: RM300
- 5 anak dan ke atas: RM500
- Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) dengan pendapatan RM5,000 ke bawah: RM200
- Bujang (21-59 tahun) dengan pendapatan RM2,500 ke bawah: RM0
- Bujang OKU (19-59 tahun) dengan pendapatan RM2,500 ke bawah: RM0
Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah
Untuk lebih mudah, gunakan aplikasi STR yang boleh didapati di App Store dan Play Store pada pautan berikut:
Terlupa Kata Laluan MySTR
Jika anda tidak ingat dan terlupa kata laluan STR, bolehlah layari url ini untuk menetapkan dan mendapatkan semula. Terlupa kata Laluan
Semakan Status Rayuan
Selain itu, pada tarikh yang sama iaitu 7 November 2023, pemohonan yang sebelum ini ada membuat rayuan STR kini boleh menyemak status kelulusan. Log masuk ke dalam MySTR untuk melihat keputusan rayuan anda.
Jadual Bayaran STR 2023 Fasa 4
Jadual di bawah adalah jadual rasmi pembayaran STR 2023 fasa 4 yang dikeluarkan LHDN.
Jadual Bayaran STR bagi penerima sedia ada.
Jumlah bayaran bagi penerima permohonan baru (bukan penerima fasa 1, dan 2)
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR 2023 fasa 4
- Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dimasukkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat - Tunai di Kaunter BSN. Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
- Status pengkreditan tertulis gagal kredit
- Tiada Maklumat akaun bank di dalam sistem MySTR.
Kaedah bayaran penerima STR Fasa 4 pedalaman Sabah / Sarawak
- Mempunyai maklumat akaun bank – Pengkreditan ke akaun bank penerima ataupun pasangan yang didaftarkan
- Jika tiada maklumat akaun bank – Pembayaran sekaligus secara tunai termasuk pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2, Fasa 3 sekiranya penunaian belum dibuat.
Semoga artikel ini memberikan maklumat yang berguna mengenai STR Fasa 4. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada sumber rasmi.
Berikut adalah contoh gambar bukti pembayaran dari pihak STR.