SPLKPM : Login Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLG) 2023

SPLKPM / SPLG merupakan portal yang diperkenalkan KPM bagi pengurusan latihan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di dalam SPLG SPLKPM terdapat 3 modul utama iaitu:

  1. Modul Penyelaras SPL KPM
  2. Modul Individu SPL KPM
  3. Modul Dashboard
  • Modul Penyelaras SULDP – Modul ini bagi tujuan perekodan LDP /PPB. Ianya juga bertujuan menyeleras pelaksanaan latihan staf di Organisasi masing-masing.
  • Modul Individu – Modul ini khusus bagi anggota kumpulan pelaksana bagi membuat rekod aktivid LDP. Disamping ianya platform bagi merekod pembelajaran kendiri.
  • Modul Dashboard – bagi pihak Pengurusan KPM melihat pelaksanaan LDP/ PPB.

Login ke Dalam SPLKPM / SPLG 2021

Anda boleh log masuk ke dalam SPLKPM melalui pautan berikut: https://splkpm.moe.gov.my . Untuk login ke dalam SPLKPM/ SPLG , klik setiap pautan mengikut modul yang anda ingin login.

Modul Penyelaras

Modul ini dicipta bagi tujuan perekodan LDP/ PPB dilakukan oleh penganjur LDP/ PPB. Cara ini diharap dapat menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.

Data asas Pegawai yang bertugas di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan untuk membolehkan individu mempunyai akses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil.

SULDP/ Penyelaras juga boleh mencapai analisis LDP yang dihadiri di organisasi, mengeluarkan sijil secara online, matrik kompitensi & TNA, penawaran kursus serta modul kewangan.

Modul Individu

Modul individu ini dicipta untuk digunakan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang berada di bawah Kementerian Pendidikan bertugas untuk merekodkan sebarang aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang diadakan di luar KPM selain itu merekodkan aktiviti Pembelajaran Kendiri.


LDP/ PPB yang telah didaftar melalui modul ini haruslah disemak dan disahkan di peringkat SULDP untuk membolehkan perkara ini dikira sebagai bilangan hadir kursus bagi tahun tersebut.

Pegawai yang bertugas di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD haruslah kemaskini profil masing-masing melalui pangkalan data SPL KPM. Selain itu Pegawai & AKP yang berada di sekolah harus kemaskini profil sendiri menerusi pangkalan Data eOperasi.

Semua Individu juga ditugaskan menjawab TNA atau matrik kompitensi yang diberikan bagi nmembolehkan pihak pengurusan membuat rancangan LDP yang diperlukan.

Modul Dashboard

Modul ini dicipta untuk Pihak pengurusan KPM mengakses prestasi pelaksanaan LDP/ PPB di semua bahagian mengikut tahap pengguna masing-masing.

Carian data kepakaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Guru melalui pangkalan data eProfil/ SPL KPM.

Cara Login

Untuk mendapat akses modul individu, ikuti panduan dan langkah-langkah berikut:

  1. layari https://splkpm.moe.gov.my/ Klik pada ikon individu yang disiarkan pada paparan SPLKPM.
  2. Paparan untuk login ke dalam SPLKPM sebagai individu akan dipaparkan pada web browser anda.
  3. Masukkan ID Pengguna (No kad pengenalan) dan Kata Laluan. Selepas itu klik pada butang Hantar untuk login ke dalam sistem.
splkpm

artikel lain:

Dimanakah saya ingin melihat pengumuman / notis terkini mengenai SPLKPM?

About the author

Seorang enthusiast di dalam hal berkaitan pendidikan.