Solat Taubat : Cara Solat, Niat dan Doa

Solat sunat taubat dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah SWT. Tiada waktu yang terentu ditetapkan untuk melaksanakannya. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila sescorang itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah SWT. Boleh juga dilakukan ketika anda bangun di sepertiga malam ketika menunaikan solat tahajud.

Solat sunat taubat digalakkan untuk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Ia boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau lebih.

Cara Solat Taubat

Secara ringkasnya solat taubat dilakukan seperti berikut:

  • Rakaat pertama baca Al Fatihah dan Al kafirun
  • Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah Al-ikhlas x3
  • Tertib hingga ke salam
  • Selepas salam beristigfar
  • Baca doa taubat.
  • Lafaz bacaannya boleh dilihat di bawah ini

Lafaz Niat Solat Taubat

niat solat taubat

Usolli sunnatat taubah, rak ataini lillahi ta’aala

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

  • Pada rakaat pertama, setelah membaca surah al-Fatihah, dibaca surah al-Kafirun
  • Pada rakaat kedua pula, selepas membaca surah al-Fatihah dibaca pula surah alikhas sebanyak tiga kali.

Doa Sujud Terakhir Rakaat Kedua

Pada sujud terkahir dalam rakaat kedua, baca doa ini.

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin, fagfirli fainnahu la yagfiruz zunuu ba illa ant.

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.”

Istighfar dan Doa Taubat

Selepas memberikan salam, perbanyakkan istighfar dan baca doa taubat. Berikut adalah istigfar dan doa yang boleh anda baca.

istighfar  solat taubat

Doa Taubat

Setelah beristigfar, bolehlah membaca doa taubat seperti berikut (atau boleh mengikut doa masing-masing).

doa taubat

Selamat menunaikan solat sunat taubat, semoga taubat kita diterima Allah.

About the author

Seorang enthusiast di dalam hal berkaitan pendidikan.

Leave a Comment