Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan penyedia utama pinjaman pendidikan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Ramai pelajar bergantung kepada pembiayaan ini untuk menampung kos pengajian termasuk yuran, penginapan dan perbelanjaan harian.
Sekiranya anda juga sedang menanti keputusan permohonan, panduan ini akan membantu anda membuat semakan secara betul dan pantas.
Cara Semakan Permohonan PTPTN
Semakan status permohonan PTPTN boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi. Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat semakan:
- Layari laman web rasmi PTPTN di pautan berikut: https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing
- Login ke dalam MYPTPTN.
- Pergi ke bahagian permohonan PTPTN dan lihat status permohonan anda.
Jika permohonan anda berjaya, anda akan diberikan arahan lanjut untuk mencetak dokumen tawaran, serta membuat pengesahan perjanjian pinjaman. Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, anda masih boleh membuat rayuan secara atas talian dalam tempoh yang ditetapkan.
Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat untuk mengelakkan ralat semasa proses semakan.
Tip: Anda juga boleh menyemak status permohonan melalui aplikasi myPTPTN yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.
Untuk Dihubungi
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau menghadapi masalah ketika membuat semakan permohonan PTPTN, anda boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
- Talian Careline PTPTN: 03-2193 3000
- Emel: aduan@ptptn.gov.my
- Laman Web: www.ptptn.gov.my
- Facebook Rasmi: PTPTN Official
Pejabat PTPTN juga terdapat di kebanyakan negeri dan universiti, jadi anda boleh mendapatkan bantuan secara terus jika diperlukan.
Maklumat Tambahan
Bagi anda yang sedang membuat permohonan ke universiti awam melalui UPU, anda juga boleh semak panduan lengkap melalui artikel berikut: Semakan Permohonan UPU Online
Sekiranya anda masih belum membuat pilihan universiti, ketahui ranking terkini bagi universiti terbaik di Malaysia di sini: Ranking Universiti Terbaik Malaysia