Semakan MyKid : Status Permohonan dan Serahan

Berita gembira untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang belum mendapatkan Mykid, kini permohonan untuk membuat MyKid telah dibuka kepada orang awam.

Permohonan kad pengenalan MyKid boleh dilakukan dengan datang ke mana-mana pejabat pendaftaran Malaysia. Ibu bapa atau penjaga hanya perlu membawa bersama surat beranak anak yang asli serta mengisi borang yang berkaitan di pejabat pendaftaran.

Selepas permohonan dibuat, ibu bapa akan diminta untuk menunggu beberapa hari sebelum kad MyKid dapat disiapkan.

Pada tempoh menunggu tersebut, ibu bapa bolehlah membuat semakan status MyKid secara atas talian.

Berikut kami kongsikan cara untuk membuat semakan status MyKid.

Semakan Status Mykid Online 2023

Caranya semakan status MYKID:

  • layari : https://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
  • Masukkan nombor mykid anak dan kod captch yang dipaparkan
  • Status akan dipaparkan pemberitahuan MyKid anak anda telah siap dan boleh diambil di JPN ataupun belum siap.
semakan mykid

Apak itu Mykid

MyKid adalah kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak yang mempunyai cip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ianya tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” bermaksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Terdapat 3 fungsi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Kelebihan Mykid

  1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  6. Bentuk cantik dan menarik.

Cara Permohonan MYKID

Bawa surat beranak ke kaunter JPN. MYKID boleh dipohon oleh semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Bawa bersama dokumen berikut semasa membuat permohonan;

  1. Sijil Kelahiran Malaysia Asal
  2. Dokumen Pengenalan pemohon (ibu atau bapa)

Tiada bayaran dikenakan bagi membuat MYKID. Satu borang khas akan diserahkan selepas selesai permohonan mykid.

About the author

Seorang enthusiast di dalam hal berkaitan pendidikan.

Leave a Comment