Semakan Hebahan Keputusan UPUOnline 2023

Bagi calon-calon yang telah menghantar permohonan untuk memasuki universiti melalui UPU Online, kini tiba masanya untuk memeriksa keputusan mereka. Keputusan ini khusus untuk mereka yang baru sahaja menamatkan SPM dan untuk sesi akademik 2023/2024. Anda boleh mula memeriksa keputusan anda mulai 12 tengah hari pada 7 Julai 2023.

Semakan Keputusan UPU 2023

Untuk memeriksa keputusan UPU Online, anda boleh melawati pautan berikut:

Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang semak.

Setelah memeriksa keputusan anda, anda boleh mulai mencetak surat tawaran anda mulai 8 Julai 2023. Anda kemudian perlu mengesahkan penerimaan tawaran anda sebelum 16 Julai 2023.

Rayuan UPU

Jika anda tidak berjaya mendapat tawaran dari UPU, anda boleh membuat permohonan rayuan dengan melawati laman web berikut: https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

Untuk log masuk dan membuat rayuan, masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda, kemudian pergi ke bahagian rayuan.

About the author

Seorang enthusiast di dalam hal berkaitan pendidikan.

Leave a Comment