Permohonan Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia Ambilan 2 Sesi Julai 2023

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) menerima permohonan kemasukan atlet murid dua kali setahun, iaitu untuk Ambilan Januari dan Ambilan Julai. Hanya pencalon yang terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), dan Sekolah Sukan Negeri (SSN) sahaja yang layak memohon dengan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://spassm.moe.gov.my.

Syarat Umum Kemasukan ke SSM 2023

Permohonan kemasukan atlet murid ke SSM perlu memenuhi syarat-syarat umum seperti

  • warganegara Malaysia
  • telah melalui Program Mengenalpasti Bakat (Talent Identification /Talent Search/ Talent Scouting)
  • bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan
  • mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan
  • lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar
  • sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit
  • dan keutamaan akan diberikan kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi.

Syarat-syarat khusus kemasukan ke SSM

  • Keutamaan bagi atlet murid tahun 5 dan 6 untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan di mana atlet murid juga telah menguasai kemahiran menulis dan membaca.
  • Atlet murid tingkatan 1 perlu memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (TP3) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta telah melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Atlet murid tingkatan 2 hingga tingkatan 5 perlu menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
  • Prosedur permohonan murid ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) termasuklah mengisi dan melengkapkan borang pencalonan secara dalam talian di web KPM https://spassm.moe.gov.my/.
  • Tarikh pencalonan bagi tahun 2023 dibuka untuk Ambilan 1/2023 (1 November 2022 hingga 30 November 2022) dan Ambilan 2/2023 (Julai 2023).

Keputusan pemilihan calon atlet murid akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam minggu kedua bulan Disember bagi Ambilan Januari dan minggu ketiga bulan Jun bagi Ambilan Julai. Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal calon atlet murid, dan tawaran tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan

About the author

Seorang enthusiast di dalam hal berkaitan pendidikan.

Leave a Comment