Pendaftaran Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2027 KPM (IDME)

By Cikgu Mardhia

Berita baik kepada ibu yang ingin membuat pendaftaran anak bagi kemasukan tahun 1, bagi sesi 2027. Kini permohonan secara online dibuka bermula 15 Februari 2026 sehingga 31 Mac 2026.

Permohonan ini dibuat sepenuhnya secara atas talian melalui laman web idme KPM.

Bagi ibubapa/penjaga yang tidak mempunyai akaun IDME, bolehlah membuat pendafataran. Manakala bagi yang sudah ada, boleh terus login dan pergi kebahagian permohonan.

pendaftaran tahun 1

Cara Permohonan Pendaftaaran Tahun 1 2027

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

Berikut adalah cara untuk pendaftaran:

  1. Layari laman web idme.moe.gov.my
  2. Login ke dalam IDME dan pergi ke bahagian aplikasi, kemudian klik pengurusan awam.
  3. Pada bahagian tepi boleh lihat dan klik permohonan kemasukan.
  4. Klik pendaftaran tahun 1 2027.
  5. Mula isi borang.

Pastikan semua medan borang diisi dengan lengkap. Terutamanya bahagian alamt ibu bapa / penjaga.

Pada bahagian akhir, anda perlu membuat pilihan sekolah dan buat pengesahan.

Selepas selesai membuat pemilihan sekolah, anda perlu muat turun dan cetak borang permohonan dan borang kesihatan. Kemudian hantar borang ke sekolah yang anda pohon.

Semoga permohonan anda dipermudahkan dan diterima di sekolah yang anda pilih.

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir pada 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021 (bagi umur 6+ tahun)
  • Lahir pada 2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022 (bagi umur 5+)
Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment