Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan fasa pengemaskinian UPU Online untuk lepasan STPM/setaraf sesi akademik 2023/2024. Pengemaskinian ini akan bermula pada 27 Julai 2023 jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada 31 Julai 2023 jam 5.00 petang.
Kategori STPM, Matrikulasi, Asasi, dan STAM (tahun semasa) diberi peluang untuk mengemaskini pilihan program pengajian masing-masing. Namun, hanya program pengajian yang memenuhi syarat khas akademik akan disenarai dalam pilihan mereka. Bagi yang telah dipanggil temu duga dan/atau ujian, tidak perlu mengemaskini pilihan program pengajian mereka.
Sementara itu, bagi kategori Diploma/setaraf, mereka hanya perlu memuat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja. Langkah ini memudahkan proses penerimaan mereka ke institusi pengajian tinggi.
Cara Kemaskini UPU Online 2023
Pelajar dikehendaki untuk melawat portal rasmi UPUOnline® di https://upu.mohe.gov.my/ bagi mengemaskini pilihan dan maklumat akademik. Semua kemaskini perlu dijalankan pada tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang masalah berkenaan penghantaran permohonan.
Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi UPUOnline®. Mereka boleh mendapatkan maklumat terkini dan tips berkaitan proses pengemaskinian melalui platform seperti TikTok (@bkpaupu), Facebook (kemasukan bkpa jpt), Telegram (UPUONLINE CHANNEL), Instagram (@kemasukanbkpa), dan YouTube (bkpaUPU).
Bagi sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline®, pihak berkuasa menyediakan beberapa saluran komunikasi untuk memudahkan pelajar mendapatkan bantuan. Pelajar boleh menghubungi Hotline UPU di 03-86842363, atau mengisi borang maklumbalas di https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/. Selain itu, mereka juga boleh menghantar e-mel ke upu@mohe.gov.my atau menggunakan UPUChat di https://upuchat.org/.
Tarikh Penting:
- 27 Julai 2023 (Khamis) | Jam 12.00 Tengah Hari – Permulaan fasa pengemaskinian UPUOnline® bagi lepasan STPM/setaraf sesi akademik 2023/2024.
- 31 Julai 2023 (Isnin) | Jam 5.00 Petang – Tamat fasa pengemaskinian. Semua kemaskini perlu selesai sebelum waktu tamat.
Kategori STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM (Tahun Semasa):
- ✅ Kemaskini pilihan program pengajian (kecuali yang telah dipanggil temu duga dan/atau ujian).
- ✅ Hanya program pengajian yang memenuhi syarat khas akademik akan disenarai dalam pilihan.
Kategori Diploma / Setaraf:
- ✅ Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja.
Portal Rasmi: UPUOnline®
Semoga dengan adanya fasa pengemaskinian ini, pelajar akan mendapat peluang untuk mengejar impian mereka dalam bidang pengajian yang diidamkan. Tetap bersemangat dan berjaya dalam proses permohonan!