Hari Deepavali, Perayaan Cahaya, merupakan salah satu cuti umum yang disambut di seluruh Malaysia. Pada tahun 2025, sambutan Deepavali jatuh pada hari yang sangat baik untuk merancang percutian yang lebih panjang. Berikut adalah maklumat penting mengenai cuti Deepavali 2025 untuk semua.
Cuti Umum Deepavali 2025
Pada tahun ini, Hari Deepavali jatuh pada Ahad, 19 Oktober 2025.
Menurut Akta Hari Kelepasan Am, jika sesuatu hari kelepasan am jatuh pada hari Ahad, hari Isnin berikutnya akan menjadi hari cuti umum gantian. Oleh itu, Isnin, 20 Oktober 2025, diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh Malaysia. Ini bermakna, hampir semua negeri akan menikmati cuti umum selama dua hari berturut-turut, iaitu Ahad dan Isnin.
Cuti Sekolah Deepavali 2025
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Bagi pelajar dan ibu bapa, cuti Deepavali kali ini sangat dinanti-nantikan kerana ia memberi peluang percutian yang lebih panjang.

Mengikut takwim persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah-sekolah akan diberikan cuti perayaan khas untuk Deepavali. Cuti ini akan bermula dari Sabtu, 18 Oktober 2025, hingga Isnin, 20 Oktober 2025.
Ini bermakna, baik sekolah Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu) mahupun Kumpulan B (negeri-negeri lain), akan menikmati cuti sekolah selama tiga hari berturut-turut. Ini memberikan masa yang cukup untuk pulang ke kampung atau merancang percutian bersama keluarga.
Dengan hari cuti umum dan cuti sekolah yang selari, Deepavali 2025 menjanjikan sambutan yang meriah dan peluang percutian yang hebat untuk semua. cuti sekolah ini dapat anda manfaatkan dengan bersama keluarga dan insan tersayang.





