Contoh Resume Terbaik Untuk Cari Kerja

Kepada pelajar lepasan SPM mahupun lepasan Universiti, pastinya ada antara anda yang sedang mencari pekerjaan. Di zaman ini, perkara pertama yang perlu untuk mencari kerja adalah resume. Resume diperlukan untuk memperkenalkan diri anda kepada syarikat/ majikan yang anda ingin bekerja di bawahnya.

Artikel kali ini, kami kongsikan contoh resume terbaik yang boleh anda ikuti penulisannya.

Contoh Resume Terbaik

Untuk menghasilkan resume terbaik, perkara berikut tips dan perkara perlu ada di dalam resume anda.

1. Maklumat Peribadi (Wajib)

  • Nama penuh
  • Tarikh lahir
  • Alamat
  • Maklumat hubungan (emel, telefon)
  • Pautan media sosial (jika ada)
  • Boleh masukkan gambar anda pada bahagian paling atas.

2. Objektif atau Keterangan Ringkas

  • Industri yang anda berminat
  • Aspirasi kerjaya masa depan
  • Kelayakan dan pencapaian anda

3. Pendidikan (Wajib)

  • Senarai latar belakang pendidikan anda dalam urutan kronologi terbalik. Ini termasuk nama ijazah yang diperolehi, institusi yang dihadiri, tarikh kelulusan, dan sebarang anugerah atau penghargaan yang relevan.

4. Kemahiran (Wajib)

  • Kemahiran keras (contoh: Microsoft Office, pemrograman)
  • Kemahiran lembut (contoh: komunikasi, kerjasama)

5. Pengalaman Kerja

  • Jika ada, senaraikan dalam urutan kronologi terbalik. Termasuklah tajuk kerja, nama syarikat, lokasi, dan tarikh pekerjaan. Berikan deskripsi ringkas tentang tanggungjawab dan pencapaian anda dalam setiap peranan.

6. Kursus & Pensijilan

  • Senarai kursus atau pensijilan yang telah diselesaikan.

7. Projek

  • Butiran projek yang signifikan, termasuk tajuk, deskripsi, teknologi yang digunakan (jika ada), dan jenis projek.

8. Bahasa yang Dikuasai

  • Senarai bahasa yang anda boleh bercakap dan tahap kefasihan.

9. Anugerah

  • Senarai anugerah yang telah diterima.

10. Hobi & Minat

  • Ini penting untuk mewakili anda sebagai individu yang serba boleh.

Jika anda telah menjawab kesemua soalan ini, barulah anda boleh mula menghasilkan resume anda.

Di bawah ini adalah contoh resume tersebut:

contoh resume

Resume ini boleh anda download pada pautan:

Contoh Resume lain

contoh resume

Anda boleh download contoh resume ini:

About the author

Seorang enthusiast di dalam hal berkaitan pendidikan.

Leave a Comment