Sebelum ini, kami berkongsi mengenai niat mandi wajib. Kali ini kami kongsikan cara-cara untuk mandi wajib. Para pelajar wajib mengetahui perkara ini bagi mengelakkan mandi wajib yang anda lakukan tidak sempurna.
Cara Mandi Wajib
Berikut adalah langkah-langkah cara mandi wajib:
- Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar.
- Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
- Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
- Ambil wuduk seperti biasa kecuali kaki. Kaki akan dibasuh selepas mandi nanti.
- Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
- Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
- Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
- Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
- Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut, dan lain-lain supaya terkena air.
- Membasuh kaki.
Jika anda mandi menggunakan pancuran (shower), maka tidak perlu tiga kali seperti yang disebutkan di atas, tetapi cukup yakin bahwa air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.
Semoga artikel ringkas mengenai cara mandi wajib ini dapat membantu anda menyempurnakan ibadah ini.