Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp 2023 (Permohonan dan Syarat Kelayakan)

Bantuan Pendidikan IPT Yayasan Johor Corporation (JCorp) untuk tahun 2023 kini dibuka untuk permohonan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), atau Diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Bantuan ini disediakan untuk menampung kos perbelanjaan kemasukan atau pendaftaran awal ke IPT bagi pelajar yang layak dan memenuhi kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. Pelajar yang berminat perlu mengemukakan permohonan sebelum 31 Mei 2023.

Syarat Permohonan

Untuk memohon bantuan ini, pelajar perlu memenuhi beberapa syarat, iaitu:

  • Membuat permohonan melalui borang digital.
  • Warganegara Malaysia.
  • Permohonan kali pertama (sekali sahaja).
  • Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).
  • Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.
  • Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Tawaran pengajian sepenuh masa sahaja.
  • Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, pelajar boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.
  • Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan tersebut.

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan ini termasuk borang kemasukan ke IPT, salinan kad pengenalan pemohon, salinan slip gaji bapa atau penjaga, dan salinan slip gaji ibu. Semua dokumen perlu dimuat naik dalam format pdf/jpg/jpeg sahaja dan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp, sila hubungi 07-219 2692 atau melayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.

About the author

Seorang enthusiast di dalam hal berkaitan pendidikan.

Leave a Comment