Doa Selepaz Azan (Bacaan rumi, arab dan maksudnya)

Laungan azan bukan sahaja menjadi penanda masuknya waktu solat, malah turut mengandungi hikmah dan kelebihan yang amat besar. Setiap kali azan berkumandang, kita disunatkan untuk mendengarnya dengan penuh khusyuk, menjawab seruan muazzin, dan seterusnya membaca doa.

Berikut ialah bacaan doa selepas azan yang lengkap seperti dalam rujukan gambar:

Doa Selepas Azan dalam Tulisan Arab

اللَّهُمَّ رَبَّ هذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Doa Selepas Azan dalam Tulisan Rumi

  • Allahumma rabba hāzihid-da‘watit-tāmmati,
  • waṣ-ṣalātil-qāimah, āti Muhammadan al-wasīlata wal-fadīlah,
  • wab‘ath-hu maqāman mahmūdan allazī wa‘adtah
  • ‘innaka laa tukhliful-mii‘aad

Maksud dalam Bahasa Melayu

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan Azan yang sempurna dan solat yang akan didirikan,
kurniakanlah kepada Nabi Muhammad keutamaan dan kelebihan, kemuliaan dan darjat yang tinggi,
serta limpahkanlah kepadanya kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan.
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Artikel doa berkaitan:


Doa ini sangat dianjurkan dibaca setiap kali selesai azan sebagai tanda pengiktirafan terhadap seruan solat serta kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Leave a Comment