Skim Perubatan MADANI: Semakan Kelayakan dan Senarai Klinik

Apa itu Skim Perubatan MADANI?
Skim Perubatan MADANI ialah inisiatif kerajaan yang menyediakan rawatan asas secara percuma di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40 yang layak, iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Penerima STR yang aktif.
  3. Tersenarai sebagai penerima dalam aplikasi MySejahtera.

Cara Permohonan

Tiada permohonan diperlukan. Kelayakan ditentukan secara automatik melalui data STR. Semakan boleh dibuat di MySejahtera atau laman rasmi ProtectHealth.

Anda boleh semak kelayakan anda pada pautan ini: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/ . Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang semak.

Cara Buat Tuntutan

  1. Datang ke klinik panel dengan MyKad.
  2. Senarai klinik terdekat boleh dilihat di sini: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics
  3. Klinik akan semak kelayakan melalui sistem.
  4. Rawatan diberikan dan bayaran ditanggung oleh ProtectHealth.
  5. Tiada pembayaran perlu dibuat jika dalam had subsidi.

Untuk pengetahuan, klik panel skim perubatan Madani terdapat di semua negeri di Malaysia.

Untuk Dihubungi
Laman web: https://www.protecthealth.com.my
Hotline: 03-8687 2525
Emel: info@protecthealth.com.my

Leave a Comment