Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 19 Jun 2025.
Semakan PISMP IPG 2025
Calon-calon yang telah memohon boleh membuat semakan keputusan melalui portal rasmi berikut:
Tarikh semakan:
- 19 Jun 2025 (Khamis)
- Masa: 10:00 pagi
Calon yang berjaya menerima tawaran perlu membuat pengesahan penerimaan sebelum tarikh tutup yang akan dimaklumkan dalam sistem. Manakala calon yang tidak berjaya, berpeluang untuk membuat rayuan sekiranya permohonan rayuan dibuka oleh pihak KPM.
Maklumat Tambahan:
- Program PISMP ditawarkan kepada lepasan SPM yang lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan melepasi proses temuduga.
- Calon akan mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan bermula sesi akademik 2025/2026.
- Pengajian selama 5 tahun termasuk Program Persediaan Ijazah (1 tahun) dan Ijazah Sarjana Muda (4 tahun) dalam pelbagai bidang pengkhususan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:
📞 03-8884 0000 (Talian KPM)
📧 pismp@moe.gov.my